PEKAN, 20 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Sukan Rakyat Sempena Sambutan Ke-100 Tahun Kelab Polo Diraja Pahang di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berangkat pada jam 10 pagi itu berkenan menyertai beberapa acara bersama para pengunjung seperti tarik tali, tarik upih dan lastik.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku turut menyantuni rakyat dan berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang acara dan hadiah cabutan bertuah.
Turut mengiring ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz.- KESULTANAN PAHANG







