KUANTAN, 8 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 9.45 pagi disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin serta barisan Ahli-Ahli Dewan Negeri Pahang. -KESULTANAN PAHANG





