PEKAN, 10 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang hari ini berkenan berangkat menyertai perlawanan polo peringkat kumpulan bagi Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 antara Royal Pahang Polo Club menentang Jogo Polo.
Perlawanan yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan itu menyaksikan Royal Pahang Polo Club tewas tipis kepada Jogo Polo dengan keputusan 6-7.
Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha memburu kemenangan pada peringkat kumpulan kejohanan berkenaan.
Kejohanan Royal Pahang Classic Centenary Cup 2026 dianjurkan bersempena sambutan 100 tahun penubuhan Royal Pahang Polo Club, yang menjadi antara kelab polo bersejarah dan terkemuka di negara ini. – KESULTANAN PAHANG







