ALOR SETAR, 16 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat ke Majlis Sembah Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 4.30 petang disambut oleh Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Mashdi bin Ghazali.
Turut mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ialah Yang Hormat Mulia Tok Muda Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin bin Dato’ Indera Munir.- KESULTANAN PAHANG







