KUANTAN, 8 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni bekas kakitangan istana, Hajah Saerah binti Ali, 92, di kediamannya di sini hari ini.
Saerah berkhidmat semasa zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad pernah juga bertugas sebagai setiausaha kepada Paduka Bonda yang ketika itu merupakan KDYTM Tengku Puan Pahang.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang turut berkenan santap tengahari bersama-sama Saerah seisi keluarga.
Saerah yang cukup dedikasi semasa perkhidmatannya telah bersara kira-kira 12 tahun lalu atas faktor usia. – KESULTANAN PAHANG







