KUANTAN, 8 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tok Sira di sini hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 12.55 tengah hari disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.
Selesai solat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan menyantuni para jemaah yang hadir.- KESULTANAN PAHANG





