itah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang apabila menerima kejutan daripada pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda Ke-67 pada kali ini.
Ketika itu, Paduka Baginda bersama-sama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berangkat pulang daripada menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).
Reaksi terkejut dan titah ucapan terima kasih daripada Paduka Baginda membuatkan semua staf terharu dan menyanjung tinggi keperibadian baginda.
“Terima kasih semua…Apa yang awak semua doa, saya doakan kembali kepada semua”, titah baginda. – KESULTANAN PAHANG







