KUANTAN, 30 Julai 2026 – Dengan penuh rasa takzim, hormat serta junjung kasih yang tidak terhingga, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda yang ke-67 pada tahun ini.
Sesungguhnya, patik sekalian amat menjunjung kasih atas kepimpinan Paduka Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa berteraskan kebijaksanaan, keadilan, kewibawaan serta penuh hikmah dalam memayungi negeri Pahang Darul Makmur.
Keprihatinan Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat, kemajuan negeri, pemerkasaan syiar Islam, kelestarian alam sekitar, pembangunan ekonomi serta kesejahteraan sosial menjadi lambang pemerintahan berjiwa rakyat yang sentiasa disanjung tinggi.
Patik sekalian turut merafak sembah menjunjung kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen Paduka Baginda dalam memastikan negeri Pahang terus menikmati keamanan, kemakmuran dan pembangunan yang mampan. Kebijaksanaan Paduka Baginda dalam memperkukuh hubungan dengan pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada negeri serta kesejahteraan rakyat.
Pada hari yang penuh bermakna ini, patik sekalian dengan penuh keinsafan dan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala memohon agar Paduka Baginda Tuanku Sultan sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kekuatan, kebijaksanaan serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan lindungan-Nya dalam meneruskan pemerintahan yang adil, berdaulat dan disanjung tinggi.
Patik sekalian turut mendoakan semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan. Semoga negeri Pahang Darul Makmur terus berada dalam keadaan aman, makmur dan diberkati di bawah naungan pemerintahan Paduka Baginda Tuanku Sultan.
Daulat Tuanku.






