KUANTAN, 4 September 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan hari kelahiran YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz pada hari ini, 4 September 2026 bersamaan 22 Rabiulawal 1448 Hijrah.
Patik sekalian mendoakan semoga YHM Che Puan Panglima sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, keberkatan dan kebahagiaan serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Semoga YHM Che Puan Panglima terus dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat. – KESULTANAN PAHANG







