KUANTAN, 18 Julai 2026 – Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz hadir ke Majlis Anugerah Pendidikan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Sekolah Kluster Kecemerlangan Kali Ke-21/2025 yang berlangsung di Grand Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Kehadiran Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya adalah sebagai wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang selaku Penaung Diraja Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang termasuk akademik, kokurikulum serta sahsiah, di samping menyuntik semangat kepada warga sekolah untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan. -KESULTANAN PAHANG







