BENTONG, 3 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kampung Baru Bentong di sini hari ini.
Solat Jumaat diimamkan oleh Imam 1, Imad Haji Idris dan bacaan khutbah Jumaat bertajuk ‘Tanda-Tanda Akhir Zaman’ oleh Al Fadhil Kadi Daerah Bentong Tuan Haji Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias.
Di masjid sama turut diadakan bacaan Qunut Nazillah serta solat sunat hajat untuk para sukarelawan misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) di mana seramai 23 orang rakyat Malaysia telah ditahan Israel.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya berkenan menyantuni rakyat dan memberi kurnia kepada kanak-kanak.
Paduka Baginda kemudian berangkat ke Restoran Lemang To’ki untuk menikmati santapan tengahari.- KESULTANAN PAHANG
KDPB SULTAN PAHANG SOLAT JUMAAT DI MASJID TUNKU AZIZAH ISKANDAR

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh MAJLIS KESULTANAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik MAJLIS KESULTANAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Kesultanan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

#MajuTerusPahang
Jumlah Pengunjung/Hit Counter





