KUANTAN, 20 Disember 2025 – Kejayaan skuad ekuestrian polo negara yang turut dibarisi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraih emas dalam Sukan SEA 2025 amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Ucapan penuh hormat dan setinggi-tinggi tahniah turut disampaikan seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) yang turut berkongsi rasa bangga dengan kejayaan tersebut.
Patik-patik sekalian warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh takzim mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara atas pencapaian cemerlang yang dipamerkan di sepanjang kejohanan.
Kejayaan merangkul pingat emas ini bukan sekadar satu kemenangan, malah merupakan manifestasi kepimpinan berwibawa YAM Tengku Arif Bendahara yang menjadi sumber inspirasi buat generasi muda.
Sesungguhnya, penglibatan aktif YAM Tengku Arif Bendahara telah mengangkat martabat sukan polo ke tahap yang lebih tinggi.
Patik-patik sekalian mendoakan agar YAM Tengku Arif Bendahara serta pasukan sentiasa dilimpahi kekuatan untuk terus melakar kejayaan gemilang dalam setiap lapangan, demi mengharumkan nama negeri Pahang Darul Makmur dan nusa tercinta di persada dunia. -KESULTANAN PAHANG







