KUANTAN, 25 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di negeri Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Bersempena sambutan perayaan ini, Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar suasana aman dan harmoni yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini terus dikekalkan.
Paduka Baginda berdua turut berharap agar perayaan Hari Natal ini membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya terutamanya detik berharga bersama keluarga tersayang. -KESULTANAN PAHANG







