KUANTAN 27 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Muzium Seni Kontemporari (MOCA) di sini kira-kira pukul 12 tenghari hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda ke MOCA cukup memberi makna kepada KDPB Tengku Ampuan Pahang yang bertungkus lumus menyiapkan tesis bertajuk bertajuk ‘The Hukum Kanun Pahang: A Sovereign Malay-Islamic Constitution”.
Sejak tahun lalu, jadual KDPB Tengku Ampuan Pahang cukup padat antara tugasan rasmi dan juga pengajian peringkat Sarjana (Degree of Master of Arts in Islamic Thoughts and Civilization) di International Institute of Islamic Thought and Civilization, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM).
Cukup istimewa apabila Paduka Baginda melihat sendiri perkembangan pengajian KDPB Tengku Ampuan Pahang di samping menyantuni pengunjung di muzium berkenaan.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. -KESULTANAN PAHANG






