KUANTAN, 31 Januari 2026 โ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yayasan Pahang atas kejayaan meraih pengiktirafan antarabangsa di bawah naungan United Nations Global Compact.
Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa bangga atas pencapaian Yayasan Pahang (YP) yang dinobatkan sebagai pemenang kategori Anti-Rasuah pada UNGC Forward Faster Sustainability Awards (FFSA) 2026, sekali gus membuktikan komitmen yayasan itu dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa.
Paduka Baginda berdua berharap agar pengiktirafan berprestij tersebut menjadi pemangkin kepada Yayasan Pahang untuk terus mengekalkan kecemerlangan tadbir urus serta memperkukuh peranan sebagai institusi yang berwibawa, diyakini dan berintegriti demi manfaat rakyat dan negeri Pahang.
Selain itu, Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar kejayaan ini dapat dijadikan contoh serta inspirasi kepada agensi dan institusi lain dalam membudayakan integriti, menolak sebarang bentuk rasuah serta memperkukuh kepercayaan rakyat melalui sistem tadbir urus yang berkesan dan berwibawa. -KESULTANAN PAHANG







