KUANTAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Tan Sri Peter Cheah di Taman Suria, Kubang Buaya di sini hari ini.
Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.- KESULTANAN PAHANG







