KUANTAN, 23 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini.
Solat Subuh diimamkan oleh Mohd Afdhal bin Abdul Hamid. Paduka Baginda berdua kemudian mengikuti kelas mengaji al-Quran dan terjemahan Surah Yunus ayat 89- 97.- KESULTANAN PAHANG






