KUANTAN 14 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Pahang di Padang MBK 1, hari ini.
Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 2.20 petang dengan diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk Pahang berjaya dimasak dengan 3,000 bekas diedarkan kepada orang ramai.
Paduka Baginda turut menyantuni orang ramai dan bersama-sama warga Kuantan berbuka puasa di padang berkenaan.- KESULTANAN PAHANG






