IPOH, 25 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan Koperal Udara Megat Nur Iman Hakim Abdullah Sani dan pasangannya di Meru Heights, di sini hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 1.40 petang turut diiringi Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin serta Panglima Rejimen TUDM, Brigadier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim TUDM.
Koperal Udara Megat Nur Iman Hakim merupakan ‘buddy’ kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sepanjang menjalani Latihan Pasukan Khas TUDM dan Kursus Komando TUDM selama tiga bulan pada tahun lalu. –








