ABU DHABI, 10 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat melawat Natural History Museum Abu Dhabi sempena keberangkatan rasmi Paduka Baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda ke negara berkenaan mencerminkan hubungan erat dan persahabatan yang terus kukuh antara Kesultanan Pahang dan kepimpinan Emiriah Arab Bersatu.
Dalam lawatan tersebut, Paduka Baginda berkenan meninjau pelbagai koleksi sejarah alam dan tamadun dunia yang dipamerkan di muzium bertaraf antarabangsa itu.
Antara yang menarik perhatian Paduka Baginda ialah fosil terkenal “Lucy” daripada spesies Australopithecus afarensisyang dianggarkan berusia 3.2 juta tahun dan ditemukan di Ethiopia pada tahun 1974.
Lawatan berkenaan turut memperlihatkan komitmen Paduka Baginda dalam menghargai ilmu pengetahuan, warisan sejarah serta pengukuhan hubungan dua hala antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu. – KESULTANAN PAHANG







