KUANTAN, 29 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh pengamal media dan wartawan di negara ini.
Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas jasa serta pengorbanan para wartawan yang sentiasa komited dalam menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat.
Paduka Baginda turut menyanjung tinggi peranan media sebagai medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.
Dalam pada itu, Paduka Baginda berdua berharap seluruh pengamal media akan terus mengamalkan kewartawanan beretika, profesional dan bertanggungjawab selaras dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia komunikasi masa kini.
Paduka Baginda turut mendoakan agar semua wartawan dan pengamal media sentiasa dikurniakan kesejahteraan, keselamatan serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah kepada agama, bangsa dan negara. -KESULTANAN PAHANG






