KUALA LUMPUR, 1 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah binti Dato’ Munir yang berlangsung di Beitul Al-Hana, di sini.
Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah binti Dato’ Munir merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Teja, Puan Sri Dato’ Sri Setia Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Turut berangkat ialah ialah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aisyah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud.- KESULTANAN PAHANG







