ALOR SETAR, 3 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke hari pertama Kursus Asas Penerbangan Siri 67 (A)/26 di Kolej Tentera Udara di sini.
Pada hari pertama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan mendengar taklimat serta mengikuti beberapa modul teori dan latihan asas yang merangkumi taklimat pentadbiran serta keselamatan penerbangan, penilaian kecenderungan penerbangan, pengenalan teknikal helikopter EC120B, meteorologi penerbangan, pengenalan kawasan operasi penerbangan serta latihan prosedur kecemasan dan simulator penerbangan. – KESULTANAN PAHANG







