KUANTAN, 12 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada masyarakat Buddha di negeri Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan ini membawa ketenangan jiwa, memperkukuh nilai-nilai murni dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita.
Semoga jua sambutan ini menambah rasa kasih sayang serta sikap saling hormat menghormati di antara rakyat sekaligus mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan harmoni. -KESULTANAN PAHANG








