KUANTAN 25 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di Istana Abdulaziz.

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah

Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam mendengar sembah taklimat Panglima Tentera Udara berkenaan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Pada sesi tersebut, taklimat turut berkisar berkenaan program-program semasa TUDM, aset-aset TUDM serta perancangan TUDM bagi memantapkan lagi pasukan keselamatan ruang udara negara ini. -KESULTANAN PAHANG







