KUANTAN 6 Ogos 2025 -Jadual harian yang padat bukan penghalang bagi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah untuk menyantuni rakyat terutama peniaga-peniaga gerai dan pasar tani.




Semalam, ketika keberangkatan pulang Paduka Baginda dari melawat dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Cherok Paloh dekat sini, Paduka Baginda singgah sebentar di gerai-gerai berhampiran dan Pasar Malam Sungai Soi.
Selain berbelanja, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni kanak-kanak dan peniaga di sekitar dengan mengurniakan sumbangan peribadi dan bergambar.-KESULTANAN PAHANG







