ABU DHABI, 11 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di Pejabat Mohamed Bin Zayed Fund, hari ini. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku merupakan Pengerusi Bersama jawatankuasa berkenaan bersama-sama Presiden IUCN, Puan Yang Terutama Razan Al-Mubarak. Turut mengiring ialah YH Dato’ Setia Perkasa Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan bekas Duta Besar Malaysia ke UAE, Dato’ Sri Ahmad Fadhil Shamsuddin yang merupakan ahli Jawatankuasa Pemandu Rizab tersebut. Mesyuarat yang diadakan dua kali…
Author: Kesultanan Pahang
CAMERON HIGHLANDS, 11 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Wageningen University & Research (WUR), di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj disambut oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar bin Nordin, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Hj.…
KUALA LUMPUR, 11 Februari 2026 – YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-271 di Istana Negara di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ini telah dipengerusikan oleh KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. –
ABU DHABI, 11 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Abu Dhabi sempena lawatan kerja bermula 10 hingga 14 Februari 2026. Dalam rangka lawatan kerja tersebut, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan berangkat melawat sekitar Pulau Bu Tinah, sebuah kawasan pemuliharaan marin yang menjadi sebahagian daripada Rizab Biosfera Marin Marawah dengan keluasan melebihi 4,000 kilometer persegi. Pulau Bu Tinah terkenal dengan kepelbagaian biologinya yang tinggi, merangkumi habitat semula jadi unik seperti padang rumput laut, hutan paya bakau yang tinggi serta…
GOMBAK, 10 Februari 2026– Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Mainunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Pelancaran Pameran Kajian Warisan Seni Bina ke-26, ‘Layers of Time on the Ancient Routes: The Masjid Architecture Through Land and Sea’ (LARAS) anjuran Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan kulliyyah tersebut. Keberangkatan Paduka Baginda selaku Ketua Perlembagaan UAIM pada pukul 3 petang disambut Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Duta Besar Rusia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov serta…
GOMBAK 10 Februari 2026 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat memasak bubur lambuk sempena program “Rewang Bubur Lambuk” di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini. Seawal jam 9.00 pagi Paduka Baginda berangkat tiba bagi bersama-sama warga UIAM meraikan kedatangan bulan Ramadan minggu hadapan dengan memasak bubur lambuk. Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM bukan sekadar bersama-sama memasak tetapi turut bermesra mengeratkan lagi jalinan silaturahim dan berkongsi rezeki resepi istimewa dari Istana Pahang itu. Dari penyediaan…
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2026- YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja(MRR) Kali Ke-271 di Istana Negara di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Arif Bendahara ke mesyuarat berkenaan adalah selaku wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. MRR ke-271 yang bermula esok selama dua hari hari akan dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyerikan pameran CIMB Minggu Seri-Ibu Kraf 2026 yang berlangsung di Serai Hall, Kuala Lumpur Golf & Country Club Mall (KLGCC) dengan mempamerkan hasil idea dan rekaan kreatif tersendiri. Penyertaan YAM Tengku Puteri Jihan dalam pameran berprestij itu mencerminkan minat mendalam YAM Tengku Puteri Jihan terhadap seni kraf tempatan, khususnya dalam memperkasa tekstil tradisional seperti tenun dan ikat ke dalam konteks reka bentuk moden. Menurut YAM Tengku Puteri Jihan projek yang dipamerkan merupakan inisiatif peribadi yang dibangunkan sejak beberapa…
KUALA LUMPUR, 9 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Piala Seri-Ibu Kraf 2026 di KLGCC Mall di sini hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pada pukul 3.15 petang disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, YBhg. Dato’ Seri Azmir Merican. Majlis penyampaian hadiah Piala Seri-Ibu Kraf 2026 ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan hasil kraf tempatan serta mengangkat martabat…
KUANTAN, 9 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat merasmikan kilang pemprosesan biojisim milik Elridge Energy Holdings Berhad di Gebeng, di sini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11 pagi disambut Pengerusi Elridge Energy, Tan Sri Dr Azmil Khalil Dato’ Khalid dan Pengerusi Felda, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Paduka Baginda berkenan menandatangani plak perasmian sebelum berangkat melawat kilang Bio Eneco serta melihat operasi kilang ini yang dijangka dapat memperkukuh peranan Pahang sebagai hab tenaga boleh diperbaharui berorientasikan eksport. Kilang berkapasiti 240,000…






