JERANTUT, 15 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program sukan rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Program sukan rakyat yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu berjaya menghimpunkan penduduk setempat serta pelbagai agensi dalam semangat muafakat dan kekeluargaan. Paduka Baginda berkenan menyaksikan pelbagai acara tradisional dan santai antaranya pertandingan tarik tali, acara belon kasih…
Author: Kesultanan Pahang
JERANTUT, 15 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini bagi memulakan keberangkatan rasmi selama tiga hari ke kawasan pedalaman berkenaan. Keberangkatan Paduka Baginda yang bermula hari ini sehingga 17 Mei 2026 mencerminkan keprihatinan dan kasih sayang Paduka Baginda terhadap rakyat khususnya masyarakat di kawasan pedalaman negeri ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Sepanjang berada di Kampung Bantal, Kebawah Duli Paduka…
PEKAN, 14 Mei 2026 – Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Hj Yahya TUDM hari ini menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Dato’ Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah, Panglima 4 Briged (Mekanize) Tentera Darat Malaysia di Pejabat Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Majlis Kesultanan Pahang di sini. Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni serta mencerminkan hubungan erat yang sentiasa terjalin antara pihak Tentera Darat Malaysia dan institusi diraja negeri Pahang. Pertemuan itu turut menjadi medan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim selain bertukar pandangan mengenai…
KUANTAN, 13 Mei 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu hari ini. Pendakian ini adalah bersempena dengan Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula sejak Isnin lalu dan berakhir pada hari ini. Kejayaan Paduka Baginda menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu mencerminkan semangat ketahanan fizikal, disiplin serta kecekalan yang tinggi dalam menghadapi cabaran sepanjang ekspedisi berkenaan. Ekspedisi Mahkota Borneo turut menjadi simbol semangat kepimpinan, keberanian dan kecintaan Paduka Baginda terhadap…
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan Kali Ke-2/2026 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda merupakan Penaung dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pahang. Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Sri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail serta Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Yeoh Soo Keng. Mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan…
KUNDASANG, 13 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 8.30 pagi hari ini sempena Ekspedisi Mahkota Borneo. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah memulakan pendakian dari checkpoint Panalaban pada pukul 2.30 pagi sebelum tiba dengan selamat di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu dalam suasana cuaca yang baik dan penuh semangat. Kejayaan bersejarah tersebut mencerminkan semangat ketahanan fizikal, disiplin serta kecekalan tinggi Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dalam menjayakan misi ekspedisi berkenaan. Ekspedisi Mahkota Borneo turut dilihat sebagai…
KUNDASANG, 12 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memulakan pendakian Gunung Kinabalu hari ini bersempena Kembara Mahkota Borneo. Sebelum memulakan pendakian pada pukul 8 pagi, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan mendengar taklimat keselamatan dan laluan pendakian oleh Renjer Taman Kinabalu, Encik Julaimin di Checkpoint Timpohon. Majlis turut disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar bagi memohon agar seluruh perjalanan pendakian Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dan rombongan dipermudahkan…
KOTA KINABALU, 11 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Sabah sempena Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula hari ini sehingga Rabu. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.30 tengah hari disambut oleh YB Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan dan YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Ahemad Sade. -KESULTANAN PAHANG
ABU DHABI, 10 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat melawat Natural History Museum Abu Dhabi sempena keberangkatan rasmi Paduka Baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke negara berkenaan mencerminkan hubungan erat dan persahabatan yang terus kukuh antara Kesultanan Pahang dan kepimpinan Emiriah Arab Bersatu. Dalam lawatan tersebut, Paduka Baginda berkenan meninjau pelbagai koleksi sejarah alam dan tamadun dunia yang dipamerkan di muzium bertaraf antarabangsa itu. Antara yang menarik perhatian Paduka Baginda ialah fosil terkenal “Lucy” daripada spesies Australopithecus…
BERA, 10 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda berangkat meraikan pasangan pengantin Muhammad Amirul Iqbal Abdul Rashid dan Syazaliana Mohamed Saat. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berdua turut…







