KUANTAN, 30 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Sri Hajjah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado, 94, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.25 tengahari tadi akibat sakit tua. Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarhamah dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN, 30 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Menempah Bidan di Istana Abdulaziz, hari ini. Pada majlis tersebut, Paduka Baginda berdua turut berkenan menyaksikan beberapa istiadat simbolik serta adat yang berkaitan, termasuk penyediaan kelengkapan tradisional yang digunakan dalam amalan penjagaan ibu hamil. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama ahli-ahli…
KUANTAN, 30 April 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas sambutan hari keputeraan YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan pada hari ini, 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1447 Hijrah. Patik sekalian mendoakan semoga YHM Tengku Puan Bendahara sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat serta keberkatan, dan terus berada dalam lindungan Allah SWT. Semoga YHM Tengku Puan Bendahara dikurniakan kebahagiaan yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat kelak. -KESULTANAN PAHANG
TAIPING, 27 April 2026 – Seramai 14 pengiring rapat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selesai menyertai Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air Siri 2/2026, hari ini. Majlis Pemakaian Sayap Penerjunan dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad di Lapangan Terbang Tekah di sini. Turut hadir ialah Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Dato’ Sayani binti Haji Saidon dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman…
KUANTAN, 27 April 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 27 April 2026 bersamaan 9 Zulkaedah 1447H. Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Semoga jua Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan terus dilimpahi kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap langkah,…
KUALA LUMPUR, 26 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke program “RAGI: Visual Rhythms of Malay Tenun” yang berlangsung di Harta Space, Ampang, di sini semalam. Keberangkatan tiba Paduka Baginda telah disambut oleh para jemputan kehormat serta pihak penganjur termasuk wakil daripada CIMB Group dan komuniti seni serta warisan tekstil tempatan. Program berkenaan menampilkan pengisian yang memfokuskan kepada keindahan dan keunikan seni tenunan Melayu, termasuk sesi “Unveiling the Masterpiece: A Curated Experience”, forum kurasi muzium serta perkongsian eksklusif berkaitan busana istana melalui…
KUALA LUMPUR, 26 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Zikir Asmaul Husna di Masjid Ibnu Mas’ud, di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10 pagi disambut isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail serta Pengerusi Jamiatul Khairiah (Wanita), Puan Sharifah Zainah Salim. Paduka Baginda berkenan mendengar tazkirah bertajuk ‘Fadhilat Zikir Asmaul Husna’ serta berselawat bersama semua tetamu yang hadir. -KESULTANAN PAHANG
IPOH, 25 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan Koperal Udara Megat Nur Iman Hakim Abdullah Sani dan pasangannya di Meru Heights, di sini hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 1.40 petang turut diiringi Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin serta Panglima Rejimen TUDM, Brigadier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim TUDM. Koperal Udara Megat Nur Iman Hakim merupakan ‘buddy’ kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sepanjang menjalani Latihan Pasukan Khas TUDM dan…
KUANTAN, 25 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Muhammad Lukman Kamil bin Jamaluddin di Masjid Ubudiyyah, Felda Lepar Hilir 3 di sini semalam. Allahyarham Muhammad Lukman ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok, di sini, Jumaat lalu. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 7.20 petang turut diiringi oleh Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama…
KUANTAN, 24 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Kadet Adam Firdaus Arifin,24, atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Antarabangsa Terbaik dalam Modular Initial Officer Training Course (MIOTC) Siri 40 di RAF College Cranwell, United Kingdom. Kejayaan membanggakan ini mencerminkan keazaman, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang dimiliki oleh beliau dalam mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Kebawah Duli Paduka Baginda berdua…







