PEKAN, 8 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Sahabat-Sahabat Ahmad Primary School Pekan bagi tahun 1966–1971 di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menyifatkan penganjuran majlis seumpama ini sebagai satu amalan mulia di sisi agama kerana mampu mengeratkan ukhuwah sesama sahabat lama, di samping menjadi ruang untuk saling bermaaf-maafan dan mengimbau kenangan silam. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut menasihati sahabat-sahabat agar sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN 8 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato Sri Najib. Pementasan Tralokal Teater Gamelan “Tari Tenun Berurai Emas” mengisahkan perjuangan Sultan Ahmad Muadzam Shah bersama para pahlawan Pahang pada kurun ke-18 ketika menentang Residen British pertama di Pahang, J.P Rodger.…
KUANTAN 6 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Kuantan di sini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Ahmad Umair. Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan menyantuni orang ramai. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar; Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah binti Alias dan Pendaftar UMPSA, YH Dato’ Saiful Bahri bin Ahmad Bakarim di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku seterusnya berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Tok Muda Dato’ Hj Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman.- KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan perkenan agar Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UniPSAS) dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Universiti Al-Quran, sekaligus menjadikannya universiti Al-Quran pertama di negara ini. Paduka Baginda bertitah, usaha memartabatkan agama Islam di Negeri Pahang terus diperkukuhkan melalui pengukuhan institusi Al-Quran, dengan penubuhan universiti berteraskan pengajian Al-Quran sebagai teras utama. Menurut Paduka Baginda, penjenamaan semula tersebut bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan Al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu…
KUANTAN, 6 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat merasmikan penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-69 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah…
KUALA LUMPUR, 4 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian CIMB Minggu Seri-Ibu Kraf 2026 di Serai Hall, Kuala Lumpur Golf & Country Club Mall (KLGCC) hari ini. Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pada pukul 2.30 petang disambut Pengerusi…
KUANTAN, 3 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah bahawa lantikan Orang-Orang Besar Negeri Pahang tidak bersifat kekal atau seumur hidup, sebaliknya tertakluk kepada tempoh masa, penilaian prestasi dan budi bicara Raja Pemerintah. Paduka Baginda menegaskan bahawa kuasa melantik Orang-Orang Besar adalah kuasa mutlak Raja sebagaimana termaktub dalam peruntukan yang telah dilafazkan, dan setiap lantikan adalah tertakluk kepada peraturan, tatasusila jawatan serta amanah yang besar. “Jawatan yang disandang bukan sekadar satu gelaran, sebaliknya terikat dengan tanggungjawab untuk memelihara negeri, menjaga warisan, adat istiadat, kesejahteraan rakyat…
KUANTAN, 3 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah bahawa pelaksanaan Istiadat Menjunjung Duli mampu menghidupkan semula warisan tamadun istiadat Melayu yang menjadi asas kepada sistem Raja Melayu sejak ratusan tahun lamanya. Paduka Baginda bertitah, dengan keberkatan Allah SWT, Negeri Pahang memiliki satu sistem pemerintahan beraja yang telah lama bertapak di bumi Pahang, bukan sekadar 10 atau 100 tahun, malah telah menjangkau 556 tahun pada tahun ini. “Kesultanan Pahang bermula pada tahun 1470 bersamaan 891 Masihi dengan Sultan Muhammad Shah sebagai Sultan Pahang yang pertama,…
KUANTAN, 3 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan gelaran Orang-Orang Besar Negeri Pahang kepada seramai 16 individu dalam Istiadat Pengurniaan Gelaran-Gelaran dan Istiadat Menjunjung Duli Kerabat-Kerabat Bergelar serta Orang-Orang Besar Negeri Pahang Darul Makmur yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke istiadat berkenaan, diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota…






