Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN 6 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Program Road Tour Skor A+ SPM Pahang dan Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA 2025 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang di sini hari ini. Turut mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN 5 Sept. 2025 – Pengunjung di Bengkel Masakan Temasya Warisan Pahang bertuah apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berkongsi lima resepi istimewa dengan membuat demonstrasi masakan hari ini. Menu yang menjadi pilihan Paduka Baginda ialah ikan singgang serani, nangka masak lemak, pedal petai, ayam golek dan begedil tempe. Rata-rata pengunjung teruja apabila bukan sahaja dapat menyaksikan Paduka Baginda memasak dan berkongsi tips masakan malah berpeluang mencuba masakan tersebut. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 05 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini. Paduka Baginda tiba pada jam 1 tengahari dengan diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berangkat sama, Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni…

Read More

KUANTAN, 5 Sept. 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba Ismail bin Abdul Ghani yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan kategori Wira Negara bagi tahun ini. Anak jati Pekan Pahang ini menerima anugerah di atas keberanian dan pengorbanannya dalam menjalankan tugas dan telah diiktiraf di peringkat kebangsaan sekaligus mengharumkan nama negeri ini di persada negara. Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan…

Read More

KUANTAN, 5 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447/2025 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni…

Read More

KUANTAN, 5 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah menzahirkan ucapan Salam Maulidur Rasul 1447H/2025.Paduka Baginda berdua menyeru rakyat untuk bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak Baginda yang mulia, menghayati ajaran yang ditinggalkan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi medan untuk kita memperbaharui keimanan, meneguhkan takwa, dan meningkatkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat. – KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN, 4 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Laman Pekan Lama, Jalan Al-Sultan Abdullah dan Jalan Orang Kaya Indera Shahbandar di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Usaha menaiktaraf Pekan Lama ini dilaksanakan hasil titah KDPB Sultan Pahang manakala Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPD) sebagai pelaksana dan ECERDC selaku penaja dengan peruntukan berjumlah RM6 juta. Usaha tersebut…

Read More

PEKAN, 4 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Laman Pekan Lama, Jalan Al-Sultan Abdullah dan Jalan Orang Kaya Indera Shahbandar di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Usaha menaiktaraf Pekan Lama ini dilaksanakan hasil titah KDPB Sultan Pahang manakala Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPD) sebagai pelaksana dan ECERDC selaku penaja dengan peruntukan berjumlah RM6 juta. Usaha tersebut…

Read More

PEKAN, 4 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah memuji komitmen dan iltizam Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mewujudkan Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah. Paduka Baginda ketika bertitah pada majlis pecah tanah perkampungan tersebut di sini menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan KDPB Tengku Ampuan Pahang walaupun sedang sibuk dengan tuntutan sebagai seorang pelajar (peringkat sarjana di UIAM). “Ini sedikit sebanyak nak menggambarkan, dan saya begitu kagum dengan kemampuan dan keupayaan Paduka Adinda (Tengku Ampuan Pahang)…

Read More

PEKAN, 4 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah (Al-Sultan Abdullah Village of Hope) di sini hari ini. Paduka Baginda berkenan menerima persembahan taklimat yang disampaikan sendiri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj selaku Pengasas dan Pengerusi Yayasan Tenun Pahang Diraja. Tapak Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah berkeluasan 3.88 hektar (9.6 ekar) yang terletak berhadapan Serambi Pekan ini bakal menjadi tempat untuk prospek mahir…

Read More