KUANTAN, 28 Disember 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Golf Diraja Pahang bagi tahun 2025, hari ini. YAM Tengku Arif Bendahara selaku Timbalan Presiden 2 Kelab Golf Diraja Pahang turut mempengerusikan mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan hal ehwal dan hala tuju kelab bersama ahli-ahli. Turut hadir ialah Naib Presiden 1, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar dan Naib Presiden 2, YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif. -KESULTANAN PAHANG
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN 27 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Muzium Seni Kontemporari (MOCA) di sini kira-kira pukul 12 tenghari hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke MOCA cukup memberi makna kepada KDPB Tengku Ampuan Pahang yang bertungkus lumus menyiapkan tesis bertajuk bertajuk ‘The Hukum Kanun Pahang: A Sovereign Malay-Islamic Constitution”. Sejak tahun lalu, jadual KDPB Tengku Ampuan Pahang cukup padat antara tugasan rasmi dan juga pengajian peringkat Sarjana (Degree of Master of Arts in Islamic Thoughts and Civilization) di International Institute of…
KUALA LUMPUR, 26 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abdullah Bin Zubair TUDM, Sungai Besi di sini hari ini. Solat Jumaat diimamkan oleh Mohd Azam bin Md Isa. Usai solat, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi serta menyantuni orang ramai di masjid berkenaan. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 25 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di negeri Pahang dan seluruh negara secara amnya. Bersempena sambutan perayaan ini, Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar suasana aman dan harmoni yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini terus dikekalkan. Paduka Baginda berdua turut berharap agar perayaan Hari Natal ini membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya terutamanya…
KUANTAN 24 Disember 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli menziarahi pasangan suami isteri yang berjaya mendapatkan bayi kembar sepasang selepas menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di rumah mereka di Pantai Sepat di sini hari ini. Amru Khalid Sazali, 31, dan isteri, Afifah Syahirah Abdul Karim,30, yang berkahwin sejak tujuh tahun lalu amat bersyukur apabila terpilih untuk melakukan IVF bersama TAFF selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan cahayamata. Bayi kembar mereka dilahirkan melalui pembedahan pada 21 Disember 2025 diberi…
KUANTAN, 23 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat meninjau operasi Projek Ladang Lembu Tenusu, di Gambang Kuantan hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda kira-kira pukul 3 petang disambut pegawai dan kakitangan syarikat Touch Milk Dairy Farm yang mengusahakan projek berkenaan. Paduka Baginda kemudiannya berkenan menerima persembahan taklimat daripada Pengarah Urusan Kumpulan Touch Milk Dairy Farm, Raja Dato’ Idris Raja Halid berkenaan operasi di kawasan berkeluasan 242 hektar itu. Paduka Baginda turut berkenan memandu sendiri untuk melihat lembu-lembu yang diternak serta kawasan…
KUANTAN, 23 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Motosikal Berkuasa Tinggi Bagi Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Istana Abdulaziz di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Polis Negara IG Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Polis Pahang , CP Dato’ Sri Yahaya Othman. Majlis tersebut menyaksikan Dato’ Sri Mohd Khalid bersama Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri…
KUANTAN, 23 Disember 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempena mesyuarat Pra-Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Istana AbdulAziz di sini hari ini. Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara terutama berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat. – KESULTANAN PAHANG
KDPB Sultan Pahang berkenan bergotong-royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Taman Pelangkah, Pekan, Pahang pada 22 Disember 2025. Paduka Baginda bersama-sama sukarelawan pelbagai agensi termasuk daripada pegawai dan kakitangan Majlis Kesultanan Pahang (MKP) memulakan kerja-kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Keberangkatan Paduka Baginda bagaikan sinar buat mereka yang dirundung duka akibat musibah tersebut yang saban tahun melanda setiap kali musim tengkujuh. “Jaga kesihatan, jaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Saya harap banyak-banyak bersabar dengan dugaan ini,” demikian titah Paduka Baginda ketika menyantuni mangsa banjir di situ. Selain bertanya khabar, Paduka Baginda turut menyampaikan kurniaan kepada penduduk yang tidak bernasib baik…
KUANTAN 20 Disember 2025 – KDPB Sultan Pahang mengingatkan semua mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar tidak tergesa-gesa pulang ke rumah masing-masing berikutan terdapat kemungkinan berlakunya gelombang kedua dalam masa terdekat. “Saya dimaklumkan kemungkinan gelombang kedua berlaku minggu depan…jadi jangan balik terlalu cepat. Kita perlu bersabar dan teruskan berdoa agar perkara ini tidak berlaku. “Kita lakukan solat hajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT supaya dijauhi daripada musibah,” titah Paduka Baginda ketika berangkat menyantuni mangsa banjir dan menyampaikan kurniaan di PPS Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang di sini hari ini. Paduka Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana…





