Author: Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-270 di Istana Negara di sini hari ini. MRR Ke-270 ini dipengerusikan oleh DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 7 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Persembahan Taklimat Pembangunan dan Hala Tuju Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Kompleks Bandaraya Kuantan di sini hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda disambut oleh Datuk Bandar Kuantan, YH Dato’ Zaliza bin Zulkipli bersama barisan kepimpinan MBK serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.- KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menyempurnakan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dan Tadbir Urus) kepada Perdana Menteri Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Muhammad Shehbaz Sharif. Istiadat Konvokesyen Khas ini diadakan di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuala Lumpur, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda disambut Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, YB Dato’ Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil; Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid…

Read More

KUANTAN, 6 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Citaglobal Environment Management Sdn. Bhd. dan Keppel Sustainability Solutions yang berlangsung di Hotel Hyatt Regency di sini hari ini. Perjanjian tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pengurusan alam sekitar dan pembangunan penyelesaian mampan, sejajar dengan usaha mempertingkat kelestarian industri hijau di Malaysia. Citaglobal Environment Management Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Thye Chee How, manakala Keppel Sustainability Solutions diwakili oleh Pengurus Besarnya, Encik…

Read More

TEMERLOH, 4 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan (LEC) Ke-3 dan Picnic Pandu Puteri di D’coconuts Agro Farm Mentakab, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang disambut Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pahang, Puan Nor Azlina Zainab Abidin; Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Khairur Rizal Ramli serta pemilik D’coconuts Agro Farm, Haji Azali Hashim. Paduka Baginda berkenan mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang berlangsung selama lebih dua jam bagi membincangkan pelbagai perkara dan perancangan aktiviti Persatuan…

Read More

KUANTAN, 4 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, menzahirkan ucapan tahniah kepada Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Dr Badli Shah Alauddin di atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Pengajian Islam dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS). Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang tersebut yang bukan sahaja mengangkat martabat diri beliau, malah turut memberi sumbangan besar dalam…

Read More

SINGAPURA, 4 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Temasek Foundation Asia Leaders Connect 2025 di sini semalam. Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu membincangkan pelbagai isu-isu semasa meliputi pembangunan lestari, inovasi pendidikan dan geopolitik. Persidangan turut disertai oleh kepimpinan dari pelbagai negara seperti Hong Kong, Eropah, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan New Zealand. -KESULTANAN PAHANG

Read More

BENTONG, 3 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menikmati santapan tengahari di Restoran Lemang To’ki di sini hari ini. Paduka Baginda turut mengambil peluang menyantuni rakyat dan pengunjung di situ. – KESULTANAN PAHANG

Read More

BENTONG, 3 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Azizah Iskandar, Kampung Baru Bentong di sini hari ini.Solat Jumaat diimamkan oleh Imam 1, Imad Haji Idris dan bacaan khutbah Jumaat bertajuk ‘Tanda-Tanda Akhir Zaman’ oleh Al Fadhil Kadi Daerah Bentong Tuan Haji Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias.Di masjid sama turut diadakan bacaan Qunut Nazillah serta solat sunat hajat untuk para sukarelawan misi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) di mana seramai 23 orang rakyat Malaysia telah ditahan Israel.Kebawah Duli…

Read More