LIPIS, 13 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan harapan agar projek pembinaan jambatan baharu di Kampung Binjai di sini dapat disiapkan mengikut jadual kerana ia amat penting dalam meningkatkan kemudahan perhubungan serta kesejahteraan penduduk setempat. Paduka Baginda bertitah projek yang menelan belanja kira-kira RM63 juta itu amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat selain meningkatkan kemudahan perhubungan di kawasan kampung berkenaan. “Saya difahamkan ada sedikit kelewatan pada peringkat awal pembinaan. Saya harap pihak kontraktor dapat mengejar semula jadual pelaksanaan supaya projek ini dapat disiapkan…
Author: Kesultanan Pahang
LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, fikiran dan dana dalam pembinaan sebuah masjid di Kuala Medang serta menjayakan program sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Paduka Baginda bertitah, usaha tersebut merupakan satu amal kebajikan yang besar dan hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan semua pihak yang terlibat. Menurut Paduka Baginda, sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sekadar tempat umat Islam menunaikan solat, malah berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu,…
LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Jamek Kampung Kuala Medang sebagai Masjid Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Kampung Kuala Medang. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad…
LIPIS, 12 Mac 2026 – Apam balik, churros dan roti John antara menu pilihan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika berangkat ke Bazar Ramadan Bandar Lipis, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 4 petang turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengunjung yang berada di bazar berkenaan turut teruja dapat bertemu…
KUALA LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini menzahirkan harapan agar para pelajar di negeri ini terus berusaha meningkatkan prestasi akademik serta memanfaatkan segala peluang dan kaedah pembelajaran yang disediakan bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli menyantuni para pelajar sempena Program School Tour Skor A+ SPM Pahang 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah…
LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Daerah Lipis di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di sini, hari ini. Paduka Baginda berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim berkenaan perkembangan dan pembangunan semasa daerah yang dihuni seramai 103,300 orang penduduk itu. Pada sesi tersebut Paduka Baginda turut menzahirkan rasa penghargaan di atas usaha semua pihak yang terlibat dalam merancang pembangunan daerah dan berharap segala perancangan dipercepatkan bagi memastikan Pahang terus berdaya…
JERANTUT, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menasihatkan wanita di negeri ini agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin, khususnya melibatkan pasangan warganegara asing. Paduka Baginda bertitah, sejak kebelakangan ini Paduka Baginda mengambil maklum mengenai kecenderungan berlakunya perkahwinan antara wanita tempatan dengan warganegara asing. “Pada asasnya perkara ini bukanlah suatu kesalahan selagi ia dilaksanakan menurut lunas syarak serta mematuhi undang-undang. Islam tidak menutup pintu perkahwinan merentasi bangsa dan sempadan, selagi ia dibina atas asas iman, kejujuran dan tanggungjawab. “Namun demikian, saya ingin…
KUALA LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Mahmud di sini hari ini. Solat Subuh dipimpin oleh Imam 1, Ahamad Alhapis Burhanudin – KESULTANAN PAHANG
JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan umat Islam supaya sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan demi memastikan keberkatan serta kesejahteraan masyarakat. Paduka Baginda bertitah, sebagai umat Islam yang menjunjung tinggi kesucian ajaran agama, menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk sentiasa memastikan segala urusan kehidupan dipandu oleh perkara yang halal serta menjauhi perkara yang meragukan atau syubhah. Menurut Paduka Baginda, perkara yang halal bukan sahaja membawa keberkatan, malah memberikan ketenangan jiwa, manakala menjauhi perkara syubhah menjadi benteng yang menjaga…
JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,Kampung Simpang Tebing Tinggi. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’…






