Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 29 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Pembukaan Pesta Sukan Sikh Malaysia dan Singapura Kali ke-73 di Arena Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini. Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 29 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua masjid dan surau di Negeri Pahang melakukan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Paduka Baginda bertitah agar diadakan solat hajat pada hari ini bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah khusus mendoakan kesihatan Sultan Brunei yang juga Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana ketika ini berehat dan menerima rawatan susulan di Institut Jantung…

Read More

SINGAPURA 28 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Masjid An-Nur di Woodlands di sini semalam. Paduka Baginda diringi YAM Tengku Panglima Raja Brigadier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda diberi taklimat mengenai projek ARIF (Achieving Resilient and Inspiring Families) ialah satu inisiatif perintis di Singapura yang dilancarkan pada tahun 2021 hasil kerjasama antara Temasek Foundation, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). -KESULTANAN PAHANG

Read More

SINGAPURA 28 Mei 2025 – Komitmen serta kesungguhan yang telah dicurahkan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kepada golongan wanita dan kanak-kanak telah mendorong kepada pengiktirafan dan jalinan kerjasama luar negara. Paduka Baginda telah menunjukkan komitmen yang begitu hebat dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan wanita serta kanak-kanak di Malaysia. Melalui pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diusahakan dan disokong, Paduka Baginda telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan pendidikan golongan ini. Ia dapat dilihat melalui penglibatan aktif Paduka Baginda di dalam Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) yang ditubuhkan…

Read More

CHINA, 26 Mei 2025 – KDPM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat ke beberapa fasiliti utama teknologi angkasa di Wenchang. Antara lokasi yang dilawati termasuk iSpace Reusable Rocket Facility, Satellite Super Factory dan Wenchang Aerospace Breeding Center. Kebawah Duli Tuanku yang mengetuai Delegasi Pahang turut berkenan berangkat ke sesi meja bulat bersama pengurusan Wenchang Spaceport, diikuti lawatan ke Hainan Satellite Data & Application Research Center serta Wenchang Aerospace Administration. Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam bidang satelit, teknologi roket boleh guna semula dan tenaga. Ia merupakan satu…

Read More

PEKAN 22 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol Yang Ke-6 Kemangkatan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar di sini hari ini. Turut berangkat ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa…

Read More

PEKAN, 21 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat melawat Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, di sini kelmarin. Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat aktiviti serta pameran Tenun Pahang yang dihasilkan di sini. Paduka Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat ke Rumah Serambi Pahang, Rumah Kelahiran Tun Razak, Balai Tengku Ampuan, Villa, Bengkel dan Balai Tengku Ampuan II di dalam perkampungan berkenaan. Turut dilawati ialah Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (Kraftangan), Cheminah…

Read More

MEMASAK bukan satu aktiviti asing atau luar biasa bagi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, malah ia adalah kebiasaan bagi Paduka Baginda khususnya untuk menjamu keluarga, kenalan bahkan tetamu di istana. Bukan hanya orang kenamaan, Paduka Baginda sentiasa menyinsing lengan baju masuk ke dapur masak bersama-sama cef dan tukang masak untuk pekerja-pekerja di istana. Paduka Baginda juga sentiasa membuat hantaran berbentuk video yang memaparkan aktiviti Paduka Baginda memasak dan terkini, Paduka Baginda berkongsi bagaimana penghasilan acar buah berkenaan dari air tangan Paduka Baginda sendiri. Dibantu sekumpulan Cef Istana Abdulaziz…

Read More

KUANTAN 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis pelancaran bangunan Muzium Seni Kontemporari MOCA+ (MOCA-Plus) di Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat sendiri antara pameran hasil karya pengamal seni tempatan. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Meraikan Pemain Legenda Hoki Negara Skuad Piala Dunia 1975 di sebuah hotel di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda bukan hanya menyerikan malah turut mengimbau semangat juang bekas pemain skuad negara itu yang menamatkan kejohanan di tempat keempat, satu pencapaian terbaik dalam sejarah hoki negara. Paduka Baginda turut menyantuni dengan bertanya khabar dan bergambar kenang-kenangan bersama para pemain Skuad Hoki Negara 1975 yang hadir. – KESULTANAN PAHANG

Read More