Meskipun Ramadan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah tetap meneruskan rutin harian sama seperti kebiasaan.

Jika sebelum ini Paduka Baginda melakukan aktiviti riadah dengan bermain golf, polo, berbasikal dan berkayak lain pula kali ini dalam keadaan berpuasa.

Paduka Baginda memilih untuk berjalan ke Bazar Ramadan di Tasek Kotasas yang berjarak empat kilometer dari singgahsana Paduka Baginda.

Sambil memilih juadah untuk berbuka puasa, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni para peniaga dan pengunjung.

Kanak-kanak juga turut menerima kurniaan daripada Paduka Baginda.

Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. – KESULTANAN PAHANG