KUANTAN 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis pelancaran bangunan Muzium Seni Kontemporari MOCA+ (MOCA-Plus) di Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Keberangkatan Paduka Baginda mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi melihat sendiri antara pameran hasil karya pengamal seni tempatan. – KESULTANAN PAHANG
