KUANTAN, 6 Mei 2025 – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu yang begitu banyak muncul di platform media sosial dengan menggunakan nama Kesultanan Pahang.
Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 716,000 orang pengikut.
Pihak istana turut menerima aduan mengenai kewujudan akaun palsu yang digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai dengan meminta nombor akaun mangsa.
Antaranya taktik penyamaran ialah mengakui sebagai Pengurus Akaun Bank Kesultanan Pahang yang mendakwa boleh memindahkan sejumlah wang dengan meminta maklumat akaun bank mangsa.
Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan kegiatan jenayah yang berselindung di sebalik akaun palsu yang diwujudkan bagi mengelirukan orang ramai.- KESULTANAN PAHANG