KUANTAN, 12 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Penyelarasan Isu-isu Pencerobohan Tanah di Negeri Pahang Darul Makmur di Istana Abdulaziz di sini.

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mesyuarat dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail serta barisan kepimpinan di peringkat negeri dan daerah yang terdiri daripada Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah. -KESULTANAN PAHANG