KUALA LUMPUR 25 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka “Jom Raya Bersama” Touch Group, Tidal Group dan EPOMS di sebuah hotel di sini semalam.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi paduka anakanda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Pengerusi EPOMS, YM Raja Dato’ Sri Mufik Affandi, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar dan pegawai serta kakitangan syarikat terlibat.

Paduka Baginda Sultan turut berkenan menyantuni para tetamu yang hadir dan mendendangkan tiga buah lagu bersama YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi.-KESULTANAN PAHANG
