KUANTAN 19 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan membayar zakat fitrah dan zakat harta di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Paduka Baginda melaksanakan Rukun Islam ketiga itu menerusi Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman dan amil zakat fitrah, Muhammad Sholehin bin Abdul Aziz. – KESULTANAN PAHANG
