CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Ladang Teh BOH Sungai Palas, di sini hari ini.

Keberangkatan Padukan Baginda ke ladang teh berkenaan turut disambut oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Nordin; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, YB Encik Ho Chi Yang; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH), YH Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif serta Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Encik Rudyfasla Mujid.

Paduka Baginda juga berkenan menyantuni dan beramah mesra pengunjung yang berada di situ sebelum menikmati santapan yang disediakan di hujung beranda berhadapan pemandangan indah ladang teh. -KESULTANAN PAHANG
