JERANTUT, 11 Mei 2025; Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perkahwinan Pacal Didik YH Dato’ Haji Abdul Hamid Busu di Maahad Darul Tahfiz Al-Quran, Kg. Sungai Badak, di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra dengan tetamu, keluarga dan pasangan pengantin serta turut merakamkan gambar kenangan bersama mereka.

Turut hadir, mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob dan kepimpinan setempat. KESULTANAN PAHANG
