KUANTAN, 16 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar serta Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Yahaya Othman.

Paduka Baginda berkenan ke jamuan santapan serta beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis yang hadir di majlis yang dihadiri lebih 2,000 tetamu. -KESULTANAN PAHANG