KUANTAN, 8 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kompleks Teruntum di sini hari ini.

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda berdua telah menambahkan seri dan keceriaan majlis tersebut.

Paduka baginda turut berkenan bertemu dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta menyampaikan kurnia kepada anak-anak yatim. – KESULTANAN PAHANG
