CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini berkenan bercemar duli menziarahi seorang pesakit yang terlantar di kediamannya di Taman Carnation Park, Tanah Rata di sini.

Paduka baginda menziarahi Muhamad Dzulfadhli Bin Samsuddin, 35 tahun, yang hampir setahun terlantar akibat kemalangan motosikal yang dialaminya sebelum ini.

Dalam suasana penuh mesra dan keprihatinan, baginda meluangkan masa bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Muhamad Dzulfadhli.
