CAMERON HIGHLANDS 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Kelas bacaan al-Quran dan Kelas Tulisan Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Sri Angkasa di sini hari ini.

Kelas pada hari ini menekankan kaedah membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan mempelajari cara menulis Jawi dengan betul.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menunaikan solat zohor berjemaah dan bacaan yasin-KESULTANAN PAHANG