KUANTAN, 12 September 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 27 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 KDPB Sultan Pahang (sesi kedua) di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dr. Hajjah Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang membawa gelaran Dato’ Sri Setia.
Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan; Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh; Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Indera Ir. Baharin Din dan Pengarah Urusan Southern Acids (M) Berhad, Dr. Low Kok Thye.
Sementara itu, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Dato’ Indera kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral TUDM Dato Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom; Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral TUDM Datuk Mohd Shahda bin Ismail; Presiden Tunku Abdul Rahman University Of Management and Technology (TAR UMT), Profesor Ir. Dr Lee Sze Wei dan Pengarah Urusan Menara Network Sdn. Bhd, Dato’ Ab Razif bin Haji Asmuni.
Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada Peguam Kanan Tetuan Nik Saghir dan Ismail Peguambela dan Peguamcara, Yang Mulia Tengku Shaiful Aftar Shah bin Tengku Dato’ Mustafa Peguam Kanan Tetuan Nik Saghir dan Ismail Peguambela dan Peguamcara; Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin; Pengerusi Yindi Group China, Encik Zhu Yilong; Timbalan Pengerusi Thailand Charoen Pokphand Group (China), Encik Li Wenhai.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Jeneral Hishammudin bin Abdul Rahman; Panglima Bantuan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Jenaral Masro bin Kaliwon TUDM serta Pengarah Urusan Asian Art Production Sdn Bhd, Encik Rozaidi bin Hj Baharudin.
Dalam pada itu, 11 orang dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor; Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanjung Lumpur, YB Tuan Haji Rosli bin Abdul Jabar; Ahli Dewan Negeri Kawasan Beserah , YB Tuan Haji Andansura bin Rabu dan Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Encik Ahmad Farhan bin Fauzi.
Turut tersenarai ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak, Encik Ahmad Sabri bin Mohamed; Pegawai Daerah Raub, Encik Mohd Khuzaidi bin Harun; Timbalan Pengarah (Risikan / Operasi) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Fadil bin Marsus; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Leftenan Kolonel Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman; Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB, Encik Mohd Rashid bin Mohamad; Presiden Stella Maris International School, Kuala Lumpur, Encik Tang Beng Cheok; serta Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd, Encik Nelson Fernandez. -KESULTANAN PAHANG