KUANTAN, 30 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki di Istana Abdulaziz, hari ini.

Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan diikuti jamuan santapan tengahari.

Pada pertemuan itu, Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG
