KUALA LUMPUR, 20 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Shahzan House di sini semalam.

Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Razarudin yang akan bersara dan tamat tempoh perkhidmatan sebagai KPN pada Ahad ini. -KESULTANAN PAHANG
